Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Haily terima projek hartanah RM64 juta daripada Mah Sing

today5 December 2023

Background


PETALING JAYA – Haily Group Berhad (Haily) telah memperoleh kontrak pembinaan RM64 juta daripada Meridin East Sdn. Bhd.(Meridin East), anak syarikat milik penuh Mah Sing Group Berhad untuk membina 327 unit kediaman dan 2 pencawang TNB untuk perbandaran Meridin East di Johor Bahru. 

Kontrak ini adalah antara projek terbesar Haily setakat ini dan merupakan projek utama kelima yang diraih Kumpulan pada tahun ini, menjadikan jumlah nilai kontrak projek sebanyak RM697.51 juta.

Hari ini, Haily Construction Sdn Bhd, anak syarikat Haily Group telah menerima Surat Anugerah daripada Meridin East untuk pembinaan 327 unit rumah teres dua tingkat dan dua pencawang Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Kediaman yang setiap satunya berukuran 20’ x 70’ dan dua pencawang TNB itu akan ditempatkan di Parcel 2G perbandaran Meridin East di Taman Bestari Perdana, Mukim Plentong, di Johor Bahru. 

“Kontrak itu dijadualkan siap dalam tempoh 15 bulan dari tarikh permulaan Parcel 2G1 dan Parcel 2G2, yang…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post

Sukan

Jerman garang benam Afrika Selatan

Kuala Lumpur: Meskipun berhadapan masalah kecederaan beberapa pemain, pasukan Jerman tetap berjaya menampilkan permainan menyerang untuk mencatat kemenangan 5-3 ke atas Afrika Selatan dalam aksi Kumpulan B Piala Dunia Remaja Lelaki 2023 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, hari ini.

today5 December 2023