Site icon Kool FM

Hairuddin Omar Sertai ‘Coaching Staff’ Harimau Malaya?

Hairuddin Omar


Bekas pemain skuad kebangsaan, Hairuddin Omar dilaporkan semakin hampir untuk menyertai staf kejurulatihan Peter Cklamovski bagi mengendalikan skuad senior negara.

Menerusi laman media sosial Facebook miliknya, jurulatih yang mesra dengan panggolan Hai-O itu memuat naik status dengan ucapan terima kasih baru-baru ini.

Baca Juga:

“Cabaran baru, tempat baru, suasana baru, target baru. Terima kasih di atas segala doa dan semua pihak selama ini. Semoga dipermudahkan, InsyaAllah”, tulisnya.

Pengalaman Hairuddin Omar Bersama Pasukan Negara

Hairuddin Omar mempunyai pengalaman bersama skuad kebangsaan dimana sebelum ini beliau pernah memegang jawatan sebagai pembantu jurulatih skuad B-19 Tahun kepada Bojan Hodak.

Hai-O kemudiannya menyertai Terengganu FC sebagai pembantu jurulatih dimana beliau pernah bekerjasama dengan pengendali skuad B-23 Tahun negara yang baharu iaitu Nafuzi Zain.

Peter Cklamovski secara rasminya diperkenalkan kepada peminat sebagai…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version