Kedudukan lebih baik diraih Hakim Danish Ramli pada perlumbaan 2 saingan FIM JuniorGP World Championship 2025 di Litar Jerez, Sepanyol sebentar tadi.
Hal ini kerana pelumba berusia 17 tahun itu berjaya menduduki tempat kelima selepas bersaing hebat bersama Casey O’Gorman, David Gonzalez, Pau Alsina dan Giulio Pugliese.
Baca Juga:
Bermula dari petak ke-13 jelas tidak melunturkan semangat juang Hakim untuk tampil dengan cukup meyakinkan dalam memburu kedudukan terbaik.

Malah, anak kelahiran Kuala Terengganu itu pastinya mahu memperbaiki kedudukan selepas menamatkan perlumbaan 1 di kedudukan kesembilan.
Hakim kemudiannya mempamerkan aksi penuh berani serta kematangan terutamanya ketika mendahului ketika perebutan kedudukan kelima di selekoh-selekoh kritikal litar sepanjang 4.4 kilometer itu.
Meskipun ditekan hebat beberapa pelumba di belakang, Hakim Danish terus fokus untuk mengekalkan kedudukan ketika pelumba kelompok hadapan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: