
Pelumba negara, Hakim Danish Ramli melakar sensasi pada perlumbaan Moto3 di Litar Brno selepas muncul juara Grand Prix , Republic Czech yang berlangsung sebentar tadi.
Hakim Danish menjuarai perlumbaan dengan kelebihan 0.466 saat dihadapan Brian Uriarte, manakala Maximo Quiles mengekori di tempat ketiga, 0.629 saat di belakang pelumba negara itu.
Kejayaan hebat yang sekali gus menamatkan penantian selama 10 tahun untuk melihat pelumba negara muncul selaku juara perlumbaan.
Kali terakhir pelumba negara mengecapi kejayaan tersebut adalah dilakarkan Khairul Idham Pawi di Grand Prix Jerman pada Julai 2016.
Meskipun terpaksa bermula di petak ke-14 selepas dikenakan penalti pada sesi ujian masa, pelumba berusia 19 tahun itu mengenepikan segala rintangan mendatang untuk melakar sejarah buat dirinya.
Penunggang pasukan AEON Credit-MT Helmets-MS itu mempamerkan gaya tunggangan cukup bertenaga apabila terus menuju ke kedudukan kelapan sebaik sahaja…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: