
Hasrat Hakim Danish Ramli untuk memburu keputusan terbaik di Grand Prix (GP) Perancis 2026 tidak berhasil apabila keadaan litar basah dan licin di Le Mans memusnahkan rentak agresifnya.
Pelumba pasukan AEON Credit-MT Helmets-MSI akur menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-10 untuk membawa pulang enam mata berharga dalam perlumbaan penuh mencabar apabila menyaksikan hampir separuh pelumba gagal menamatkan saingan akibat terjatuh.
Hakim Danish yang memulakan perlumbaan di petak ke-12 turun ke Le Mans dengan keyakinan cukup tinggi selepas mempamerkan aksi cukup meyakinkan sepanjang hujung minggu perlumbaan.
Anak jati Terengganu itu bukan sahaja berjaya menembusi sesi kelayakan kedua (Q2), malah konsisten mencatat masa yang baik pada sesi latihan bebas pertama hingga sesi kelayakan ketika keadaan litar kering.
Namun, segala-galanya berubah sebaik hujan membasahi Litar Le Mans sebelum perlumbaan bermula dan pasukan terpaksa mencari setup berlainan buat…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: