Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Hakim Danish Tamatkan Perlumbaan 1 Litar Jerez Di Tempat Kesembilan

today1 June 2025

Background


Pelumba muda sensasi negara, Hakim Danish Ramli menambah tujuh lagi mata dalam saingan 2025 FIM JuniorGP World Championship 2025 selepas menamatkan perlumbaan 1 di kedudukan kesembilan, sebentar tadi.

Saingan di Litar Jerez, Sepanyol itu menyaksikan Hakim Danish memulakan perlumbaan di petak ke-13 ekoran sesi kelayakan yang mengecewakan.

Baca Juga:

Namun, ia tidak langsung mematahkan semangat juang anak kelahiran Kuala Terengganu itu untuk memberikan tunggangan bertenaga bagi mendapatkan mata.

Seperti dijangka, penunggang jentera KTM SIC Racing MSI itu berupaya untuk memintas beberapa pelumba dihadapannya untuk melepasi selekoh pertama di kedudukan ke-11.

Memasuki pusingan keenam, Hakim Danish berada di kedudukan ketujuh tetapi ia tidak kekal lama apabila beliau kembali dipintas tiga pelumba lain.

Namun begitu, pelumba berusia 17 tahun itu terus mempamerkan aksi konsisten dan matang apabila berjaya mengekalkan rentak sehingga ke garisan penamat…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Meor Abdullah


Previous post