Kool FM

Hakim Danish Tekad Tebus Kecewa GP Aragon, Buru Kelompok Hadapan Di Litar Misano


Pelumba Moto3 negara, Hakim Danish Ramli bertekad untuk kembali mencabar kelompok hadapan apabila turun beraksi pada Grand Prix (GP) San Marino di Litar Misano, hujung minggu ini.

Selepas menamatkan GP Aragon di tempat ke-12 dan mengutip empat mata, Hakim Danish tidak mahu mengulangi keputusan sama dan menyasarkan prestasi yang lebih kompetitif di Misano.

Pelumba AEON Credit-MT Helmets-MSi itu sedar persaingan di Misano dijangka lebih sengit terutama apabila perlu berdepan barisan pelumba Eropah yang lebih berpengalaman dan sudah biasa dengan karakter litar berkenaan.

Hakim Danish
Kredit Foto: ZK Racing

Hakim Danish Tekad Bangkit Di GP San Marino

Justeru, Hakim Danish perlu mendapatkan rentak seawal Sesi Latihan Bebas 1 (FP1) bagi memastikan dirinya tidak ketinggalan dalam persaingan mendapatkan kedudukan grid yang lebih baik sebelum perlumbaan.

Pelumba berusia 19 tahun itu turut memberi tumpuan kepada aspek keserasian bersama jentera selepas mengenal pasti…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version