Datuk Hamidin Mohd Amin mengesahkan bahawa rayuan oleh kem Malaysia untuk Azizulhasni telah ditolak oleh komisar pertandingan.
Harapan Azizulhasni Awang untuk membawa pulang emas dari acara kegemarannya, keirin di Paris 2024, tidak kesampaian dengan cara sangat dramatik.
Azizulhasni membuat kesalahan teknikal berada di hadapan derny.
Hamidin memberitahu bahawa pihaknya telah cuba membantu Azizulhasni dalam rayuannya kerana kesilapan teknikal. Namun jelas rayuan mereka tidak diendahkan oleh komisar dan penyertaannya dibatalkan.
Hamidin menegaskan bahawa pihaknya telah cuba sedaya upaya untuk membantu pelumba itu dalam rayuannya. Namun pihak penganjur berkeras untuk menyingkirkan Datuk Azizulhasni Awang.
No repechages for Datuk Azizul tapi difahamkan jurulatih John Beasley cuba fight dengan juri. Comfirmation soon.@ASTROARENA pic.twitter.com/ZKik5IMNxo
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) August 10, 2024
Dipetik daripada laman Harian…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: