Site icon Kool FM

Hampir 1,000 Hari Menanti, Ini Luahan Penuh Perasaan Neymar Selepas Kembali Beraksi Bersama Brazil

Neymar


Neymar mengakui bahawa perasaan gemuruh menguasai dirinya ketika kembali menyarung jersi skuad kebangsaan Brazil selepas hampir seribu hari berehat daripada aksi bola sepak antarabangsa.

Bintang Santos itu diturunkan pada separuh masa kedua dalam kemenangan 3-0 ke atas Scotland, sekali gus menamatkan tempoh pemulihan yang panjang susulan kecederaan lutut serius yang dialaminya pada 2023.

Selepas lebih tepat lagi selama 981 hari menyepi dan melalui pelbagai detik penuh ketidakpastian, Neymar akhirnya kembali menyarung jersi keramat Brazil di pentas Piala Dunia.

Kali terakhir Neymar mewakili negaranya ialah pada Oktober 2023, apabila dia mengalami kecederaan koyakan Anterior Cruciate Ligament (ACL) dan meniskus pada lutut kiri ketika menentang Uruguay.

Pemain sayap lincah itu yang memulakan perlawanan menentang Scotland di bangku simpanan di bawah kendalian Carlo Ancelotti, dimasukkan ke padang pada minit ke-75 perlawanan di Hard Rock Stadium,…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version