Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Hampir 170,000 Pengguna BNPL Masih Berhutang, Baki Tertunggak RM121.8 Juta

today7 August 2025

Background
Hampir 170,000 Pengguna BNPL Masih Berhutang, Baki Tertunggak RM121.8 Juta


Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying menyatakan terdapat 168,967 pemegang akaun Beli Sekarang Bayar Kemudian (BNPL) atau 2.6 peratus daripada keseluruhan 6.5 juta pengguna mempunyai baki tertunggak setakat 30 Jun lalu, lapor Harian Metro.

“Jumlah BNPL yang tidak berbayar atau tertunggak adalah terkawal iaitu sebanyak RM121.8 juta atau 3.2 peratus daripada baki keseluruhan pinjaman BNPL,” katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Baca Juga:

Beliau mengeluarkan angka tersebut bagi menjawab soalan Mohd Syahir Che Sulaiman (PN-Bachok) yang bertanya mengenai kedudukan terkini hutang BNPL dalam negara dan usaha kerajaan mengawal risiko keberhutangan berlebihan.

Dalam pada itu Lim menyatakan pengguna BNPL pada umumnya menunjukkan disiplin kewangan yang baik.

“Mereka juga melunaskan hutang BNPL dengan kadar kegagalan pembayaran balik hutang yang rendah.

“Mengikut kajian tersebut, kira-kira 88 peratus membuat semua pembayaran…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hazim Jaafar


Previous post