Dianggarkan sekitar 590,000 atau lebih 80% penduduk Pulau Pinang bakal berdepan gangguan bekalan air berjadual selama empat hari bermula 6 pagi esok bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembaikan di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua.
Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) memaklumkan sekurang-kurangnya 101 kawasan di daerah Seberang Perai Utara (SPU) dan Seberang Perai Tengah (SPT) dijangka menerima bekalan air selepas 48 jam, manakala 157 kawasan membabitkan daerah SPT, Seberang Perai Selatan (SPS) dan Timur Laut serta Barat Daya di kawasan pulau akan mula menerima bekalan air selepas 72 jam.
Artikel Berkaitan:
Bagi memberi kemudahan kepada penduduk sepanjang berdepan gangguan, PBAPP akan menggunakan 99 lori tangki air termasuk 27 lori tangki jumbo berkapasiti 40,000 liter untuk menghantar bekalan kepada pengguna yang terjejas dengan gangguan bekalan air yang dijangka hingga 6 pagi 14 Jan itu.
Ketua Pegawai Eksekutif PBAPP K. Pathmanathan berkata pihaknya juga…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
