Site icon Kool FM

Hampir Dicaj Harga Melampau, Wanita Ini Nasihat Agar Berhati-Hati Dengan Kedai Shawarma Popular Bukit Bintang


Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Sejak beberapa bulan ini, beberapa kedai di Bukit Bintang sering menjadi tumpuan orang ramai kerana menawarkan shawarma. Malah, dikatakan orang ramai dikatakan sanggup beratur panjang dalam tempoh yang panjang bagi mendapatkan hidangan yang sedang trending ini.

Di sebalik memiliki jumlah pelanggan yang ramai, sebuah kedai shawarma popular di Bukit Bintang didakwa mengambil kesempatan dalam mengecas pengguna dengan harga yang berganda serta tidak masuk akal.

Menerusi perkongsian TikTok @dakajlaa66, beliau memaklumkan telah membeli 2 shawarma beserta tambahan humus. Isu menjadi lebih serius apabila beliau dicas sebanyak RM98 untuk dua shawarma yang dipesan sedangkan harga bagi dua shawarma tersebut hanyalah sekitar RM29.80.

@dakajlaa66

Perghhh.. Beli 2 REGULAR SHAWARMA add on humus for both…tp dia pegi caj RM98 woiiii…nasib mata aku cpt n prasan tgk dgn mesin tuhh. walhal harga utk 2 RS Tu bru RM29.80..melampau ek ! #fypシ

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version