Faktor usia tidak menghalang seorang usahawan untuk mengemudikan empayar perniagaannya, Hana Medic Sdn. Bhd. beribu pejabat di Nilai, Negeri Sembilan sejak 2006 itu berada dalam landasan yang kukuh untuk menjadi pemain dalam pengeluaran produk disinfeksi dan penjagaan kesihatan berkualiti tinggi.
Pengasas syarikat, Prof Dr. Norayati Abd. Majid, 72, yang memiliki pengalaman luas lebih 30 tahun dalam bidang kawalan penyakit berjangkit serta pernah terlibat sebagai salah seorang barisan hadapan ketika negara diancam wabak Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) pada tahun 2003 itu kini berjaya menguasai pasaran domestik dan melangkaui ke pasaran antarabangsa.
Bagaimanapun, melihat kepada faktor kenaikan kos bahan mentah dan penyusutan nilai ringgit, syarikat kini merangka strategi untuk melebarkan penguasaan pasaran globalnya hingga ke Eropah.
Sebelum itu, pasaran syarikat telah bertapak kukuh melalui jualan produk sulungnya JustGreat minuman kesihatan yang dibangunkan bersama Mardi ke…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
