Difahamkan, ia berlaku selepas tular komen dan panggilan daripada orang ramai mengenai rupa penyampai radio rancangan Fly Breakfast, Haniff dan Ean yang memperdebatkan sama ada mereka sudah “melepasi era kejayaan mereka”.
Begitupun, perbezaan pendapat kedua-duanya bertukar menjadi perdebatan yang hangat dan mencetuskan perbincangan yang lebih luas tentang penampilan serta peribadi.
Dalam pada itu, mereka dikatakan telah menjalani pemeriksaan profesional yang dikendalikan oleh jurulatih peribadi bertauliah di mana keputusannya mereka berdua termasuk dalam kategori obes.
Walaupun Ean menjadikan itu sebagai motivasi untuk membuat perubahan positif, Haniff pula mendapati sukar bagi menerima keputusan tersebut.
“Saya telah mendengar apa yang orang katakan, dan saya mahu membuat perubahan bukan sahaja untuk diri saya tetapi untuk membuktikan ia betul-betul terjadi, saya tahu perjalanan ini tidak mudah, tetapi ia berbaloi,” kata Ean.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: