Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini
Nasib pemain hoki wanita negara, Hanis Nadiah Onn yang terpalit dengan kontroversi berhubung komen berbaur perkauman yang dikeluarkannya baru-baru ini sudah pun diketahui.
Artikel Berkaitan:
Sebagai hukuman atas kekhilafan yang dilakukan, Hanis telah digantung daripada tugasan skuad kebangsaan dalam mana-mana aksi di peringkat antarabangsa termasuklah pada temasya Sukan SEA 2023 yang bakal berlangsung di Kemboja, Mei nanti.
Keputusan sebulat suara itu dicapai selepas Jawatankuasa Siasatan Majlis Sukan Negara (MSN) dan Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) telah bermesyuarat pada dua hari lalu.
Menurut kenyataan rasmi dikeluarkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sebentar tadi, mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Ketua Pengarah MSN, Datuk Ahmad Shapawi Ismail dan Dato’ Seri Subahan Kamal yang merupakan Presiden KHM.
Difahamkan, Hanis Nadiah yang akan membawa cabaran Negeri Sembilan pada aksi Piala Sumbangsih…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
