Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini
Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh menawarkan rumput jenis Zeon Zoysia untuk digunakan di stadium di setiap negeri dan perkara ini akan diusulkan kepada exco sukan setiap negeri yang berminat.
Artikel Berkaitan:
Dalam satu laporan Hannah Yeoh menegaskan pihaknya memberikan pilihan untuk memilih satu stadium yang bakal dinaik taraf dengan menggunakan jenis rumput Zeon Zoysia.
“Saya ada memberikan cadangan penawaran geran padanan dan menawarkan untuk memilih satu stadium bola sepak yang mereka mahu naik taraf padang dengan rumput Zeon Zoysia.”
“Naik taraf padang dilakukan oleh pihak KBS dengan pemberian kos penanaman rumput tetapi penyelenggaraan padang setiap bulan perlulah ditanggung oleh kerajaan negeri.
“Selepas semuanya selesai barulah proses penanaman rumput akan dilakukan dan mereka perlu menjaganya pula. Bukan semua negeri mampu dan bukan semua negeri nak rumput ini (Zeon Zoysia),”
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: