Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Hannan Medispa bekerjasama dengan Sirim

today14 March 2023

Background


PETALING JAYA –  Hannan Medispa telah memeterai memorandum perjanjian (MoA) dengan Sirim Berhad (Sirim) sebagai usaha syarikat untuk mengukuhkan lagi kedudukannya dalam bidang kecantikan dan mempertingkatkan keyakinan pelanggan terhadap jenamanya.

Pengasas syarikat, Dr. Hannan Yusof berkata, menerusi kerjasama tersebut, Sirim akan menjadi pembekal utama bahan mentah untuk produk kosmetik yang dihasilkan. 

Menurut beliau, bahan mentah pertama yang dibekalkan adalah menggunakan ekstrak nanas yang  dipanggil bromelain.

“Kajian dan keberkesanan terhadap ekstrak nanas telah berjaya dilakukan oleh pasukan penyelidik Sirim sejak beberapa tahun lalu, ia sekali gus membuktikan produk kosmetik yang kami hasilkan berasaskan bromelain ini berkesan digunakan untuk membantu mencerahkan kulit.

“Pihak Sirim juga sudah dan akan berterusan menguji produk penjagaan kulit keluaran kami yang sedia ada di pasaran termasuk aspek keselamatan penggunaannya. Pendek kata, produk kami lulus tapisan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post