Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Hanya 0.91% Warga China Diberi Kewarganegaraan Malaysia Sejak 2010

today10 March 2025

Background
Warga China


Menurut Kementerian Dalam Negeri (KDN), warga China membentuk kurang daripada 1 peratus daripada jumlah individu yang diberi kewarganegaraan Malaysia sejak 2010 hingga tahun lalu, lapor MalaysiaKini.

Data ini dikeluarkan sebagai jawapan kepada soalan lisan Ahli Parlimen Putrajaya, Radzi Jidin, pada 6 Mac lalu.

Berdasarkan rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), hanya 0.91 peratus kelulusan kewarganegaraan Malaysia diberikan kepada individu dari China dalam tempoh 14 tahun tersebut.

Warga China
Gambar hiasan

Sebaliknya, Indonesia mendahului senarai dengan 23.52 peratus, diikuti India (6.76 peratus), Thailand (5.02 peratus), dan Filipina (2.77 peratus).

Menariknya, 61.02 peratus kelulusan kewarganegaraan diberikan kepada rakyat dari negara-negara lain yang tidak dinyatakan secara khusus dalam jawapan KDN.

Walau bagaimanapun, kementerian itu tidak memberikan angka sebenar atau jumlah keseluruhan bagi peratusan yang dinyatakan.

Bongkar Mitos: 1.2 Juta Warga China…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Aiman


Previous post

Sukan

Henley juara Jemputan Arnold

Miami: Russell Henley mencatat dua bawah par 70 untuk muncul juara Jemputan Arnold Palmer selepas mengatasi kebangkitan lewat Collin Morikawa, awal pagi tadi.

today10 March 2025