
Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) baru sahaja mengeluarkan Laporan Survei Gaji & Upah 2025 yang membawa gambaran terbaharu mengenai pendapatan pekerja tempatan.
Secara keseluruhannya, penengah gaji bulanan negara menunjukkan peningkatan 5.3 peratus daripada RM2,793 pada tahun 2024 kepada RM2,940 pada tahun 2025.
Jumlah rakyat Malaysia yang menerima gaji turut meningkat daripada 10.24 juta kepada 10.38 juta orang, manakala purata gaji (mean) meningkat 4.1 peratus daripada RM3,652 kepada RM3,803.
Empat Wilayah Menguasai Kedudukan Tertinggi
Meskipun purata nasional menunjukkan trend positif, hanya empat negeri dan wilayah persekutuan yang merekodkan penengah gaji di atas paras RM2,940.
Putrajaya terus mendahului dengan penengah gaji bulanan meningkat daripada RM4,598 pada tahun 2024 kepada RM4,828 pada tahun 2025, bersama purata gaji mencecah RM5,417.
Kuala Lumpur mengekor di tangga seterusnya dengan lonjakan penengah daripada RM3,687 kepada RM3,938…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: