Batik Air berkata, pihaknya menghargai kerjasama semua penumpang dalam mematuhi polisi baharu ini yang selaras dengan amalan terbaik industri bagi meningkatkan langkah keselamatan dalam penerbangan.
“Penumpang juga dinasihatkan supaya berhati-hati ketika membawa bank kuasa dengan ciri pengecasan automagnet kerana ia boleh mendatangkan risiko tambahan,” katanya.
Dalam pada itu, selaras dengan Peraturan Barangan Berbahaya Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA), bank kuasa yang dibawa ke dalam pesawat tidak boleh melebihi 100 watt-jam (Wh) atau 20,000 milliampere-jam (mAh).
Difahamkan, peringatan keselamatan akan dipaparkan dengan jelas di kaunter daftar masuk, dan ia ditekankan melalui pengumuman sebelum penerbangan serta taklimat dalam pesawat bagi memastikan pelaksanaan yang lancar.
“Kakitangan daftar masuk juga akan memeriksa bank kuasa sebelum penumpang menaiki pesawat bagi memastikan ia dalam keadaan baik serta mematuhi had watt-jam (Wh) yang…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: