Site icon Kool FM

Hanya empat unit Mazda MX-5 edisi khas dijual di pasaran Malaysia


PETALING JAYA – Bermaz Motor  melancarkan kereta sport ikonik Jepun Mazda MX-5 Edisi Ulang Tahun ke-35 dan Mazda MX-5 versi facelift 2025 untuk pasaran Malaysia.

Pengarah Pemasaran Kumpulan Bermaz Auto Berhad, Lee Ai Hoon berkata, sejak diperkenalkan pada tahun 1989, model Mazda MX-5 terus mengekalkan semangat Jinba-Ittai bagi semua empat generasi modelnya iaitu dari NA, NB, NC dan ND yang ada di pasaran.

“Mazda MX-5 Edisi Ulang Tahun Ke-35 ini sangat ekslusif dalam jumlah terhad iaitu empat unit sahaja untuk pasaran Malaysia.

“Model ini telah dibuka untuk tempahan pada harga jualan RM315,000 (tidak termasuk cukai jalan dan insurans),” katanya pada Majlis Pelancaran Mazda MX-5 edisi khas Ulang Tahun ke-35 dan MX-5 facelift 2025 di sini hari ini.

MX-5 Edisi Ulang Tahun ke-35 yang dilancarkan adalah varian 2.0 liter Skyactiv-G dengan transmisi automatik 6-kelajuan.

Roadster dua pintu itu dengan sistem pacuan dua roda (2WD) mampu menjana kuasa 181hp dan tork…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version