Sejak pandemik melanda, dapat dilihat orang ramai sudah semakin selesa dengan penggunaan servis kurier. Cajnya yang rendah dan pantas membuatkan servis kurier merangkumi pelbagai jenama menjadi pilihan.
Dalam pada itu, di sebalik kemudahan yang ditawarkan, terdapat pelanggan yang menjadi mangsa kecurian pusat kurier baru-baru ini. Situasi ini nyata berlaku kepada seorang pengguna Instagram @hanumsubri yang merupakan seorang personal shopper.
Insiden ini bermula apabila beliau yang menghantar parcel berisi beg berjenama Chanel bernilai RM35,000 beserta kotak kepada pelanggannya di Sabah. Disangka hanya mengambil masa yang singkat, barangan beliau didapati tersadai di J&T Sabah West Division sehingga enam hari.
Selepas beberapa panggilan dibuat kepada pihak J&T, parcel tersebut telah berjaya dihantar kepada penerima walau bagaimanapun penantian mereka sekadar hampa apabila pihak penerima memaklumkan beg bernilai RM35,000 tersebut tidak berada dalam kotak.
Sumber: Instagram…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: