Selepas tular luahan seorang wanita mendakwa menjadi mangsa harga makanan yang mencekik darah dan menindas pelancong di Pulau Pangkor, kedai tersebut telah digempur penguat kuasa Kementerian Perdagangan dan Kos Sara Hidup (KPDN), hari ini.
Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamalludin Ismail, berkata serbuan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Majlis Perbandaran Manjung (MPM) selepas pihaknya mengesan kiriman tular di media sosial, petik Berita Harian.
Artikel Berkaitan:
“Hasil maklumat Ops Samar mendapati premis yang diadu tidak meletakkan tanda harga makanan hasil laut yang belum dimasak serta didapati tidak menggunakan alat timbangan dalam urusan penjualan makanan hasil laut.
@kekyahfornour Ikan bakar siakap around 600-700g RM75 kalah harga ikan kat KLCC dengan pavilion.. kedai kerusi pon berkulat, service out then rasa biasa2 je.. total makan RM142 since minum air kosong je.. sorry kekyah bukan jenis berkira pasal makan tapi this is totally not worth…..
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
