Usahawan dan pempengaruh media sosial, Ayunie, meluahkan rasa syukur kerana masih diberi peluang untuk meneruskan kehidupan selepas melalui detik mencemaskan akibat komplikasi serius ketika melahirkan anak, pada Ahad.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ryzal Ibrahim & Maryam Lawat Ayunie Di Hospital – ‘Jarang Tengok Dia Sakit Sampai Tahap Ini’
Artikel Berkaitan: Iqbal Zulkefli Kongsi Ayunie Alami Komplikasi ‘Placenta Accreta’ – ‘Pakar Terpaksa Lakukan Pembedahan Kali Kedua & Buang Rahim’
‘Trauma, takut, sakit..’

Menerusi hantaran di Instagram Story, Ayunie atau nama lengkapnya Anes Ayunie memaklumkan dia kini sedang berusaha pulih daripada trauma yang dilaluinya.
Dalam kesempatan itu, dia turut memanjatkan rasa syukur kepada Allah SWT kerana masih dipanjangkan usia selepas melalui detik getir itu.
Allahu Akbar Allahu Rabbi. Tanpa kuasa-Mu aku tak mampu di sini lagi Ya Allah. Ya Allah. Hanya mampu ucap syukur masih hidup.
Trauma takut sakit tapi aku lalui dengan RahmatMu…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: