Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

‘Hanya Penguatkuasaan Polis Paling Berkesan Cegah Kemalangan Di Genting Highlands’ – Pakar

today5 December 2025

Background
Pemandu Buat Laporan Hilang Kawalan & Terbabas, Polis Jumpa 'Bukti' Honda Dipandu Melulu Di TikTok


Seorang pakar keselamatan jalan raya menggesa polis meningkatkan penguatkuasaan di sepanjang laluan Genting Highlands, sambil menegaskan bahawa langkah itu masih merupakan cara paling berkesan untuk mencegah pemanduan laju dan kemalangan di jalan yang curam dan berliku itu.

Pengerusi Malaysian Institute of Road Safety Research (Miros), Wong Shaw Voon, berkata kempen pendidikan dan penambahbaikan kejuruteraan jalan raya selalunya mengambil masa lebih lama untuk menunjukkan hasil, petik Free Malaysia Today.

Beliau berkata penguatkuasaan yang berkesan mesti bersifat “pasti, cepat dan tegas”, iaitu pemandu perlu yakin mereka akan ditangkap, menerima saman dengan segera, dan dikenakan hukuman jika melanggar peraturan jalan raya.

“Pendidikan memerlukan masa. Bila kita beritahu orang berulang kali — ‘tolong faham, ini berbahaya’ — ada yang berubah serta-merta, ada yang ambil masa, dan ada yang langsung tak ambil peduli,” katanya kepada FMT.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hazim Jaafar


Previous post