Media Indonesia mendedahkan skuad Garuda memerlukan dana yang lebih besar berbanding Malaysia untuk menampung kos operasi dalam setahun.
Media negara jiran turut melaporkan jumlah RM15 Juta yang diberikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi memperkasakan pasukan bola sepak negara, Harimau Malaya.
Baca Juga:
Menurut Anwar, peruntukan sebanyak RM10 adalah daripada kerajaan manakala RM5 juta lagi komitmen daripada syarikat swasta khusus untuk kebajikan, latihan dan pengurusan pasukan berkenaan.
“Pada hari ini, mengenangkan banyak masalah dan rakyat terutama orang muda minat mengenai bola sepak, saya mengambil keputusan untuk secara peribadi memantau dan membantu memperkukuh pasukan Harimau Malaya di Malaysia.
“RM15 juta khusus untuk pasukan Harimau Malaya, pengurus, jurulatihnya yang terbaik supaya beberapa tahun kita dapat angkat Harimau Malaya di antara gergasi di Asia,” katanya dipetik dalam Berita Harian.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
