Model Proton Satria merupakan salah satu model Proton yang cukup digemari oleh para peminat ‘kereta laju’ tanpa kira lapisan umur. Lebih-lebih lagi model Proton Satria Neo yang hanya dikeluarkan di pasaran pada tahun 2006 hingga 2015 lalu.
Baru-baru ini pereka kereta konsep tempatan yang diketahui ramai, Theophilus Chin atau lebih dikenali sebagai Theottle telah memperlihatkan rekaan konsep Proton Satria Neo baharu yang menggabungkan rekaan dua buah kereta daripada China, Lynk & Co 02 dan Geely Emgrand S.

Lynk & Co 02 | Sumber Gambar: Car And Driver
Geely Emgrand S | Sumber Gambar: Paultan.org
Hasil rekaan konsep kereta tersebut telah mendapat komen-komen positif daripada orang ramai yang rata-rata menganggap ‘Satria Neo‘ itu merupakan model yang bakal dilancarkan oleh Proton pada masa akan datang.
Ada juga yang berkongsikan pandangan bahawa rekaan kereta ini sudah boleh bersaing dengan model-model sporty keluaran negara Jerman seperti Mercedes A45S dan Volkswagen…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
