Menurutnya, selepas dua tahun dalam hubungan yang serius, dia membuat keputusan melawat ibu bapa teman lelakinya pada perayaan Tahun Baru Cina tahun lalu.
Berharap ianya menjadi pengalaman yang berharga dan tidak dapat dilupakan, tambahan pula ini kali pertama dia bertemu dengan mereka, tetapi harapan itu berubah menjadi kekecewaan apabila dia melihat nilai angpau diterimanya daripada mereka.
“Tiba sahaja di rumah, saya menyedari angpau yang diberikan hanyalah RM5, malah ibu saudaranya beri lebih daripada itu.
“Tak dapat sembunyikan perasaan terhina, saya membuka pula angpau teman lelaki saya terima daripada mereka dan ia juga adalah RM5!
“Sejujurnya, ini adalah angpau terkecil yang pernah saya terima dalam hidup saya, tetapi saya akan baik-baik saja jika mereka sekurang-kurangnya memberi teman lelaki saya RM10.
“Kami sememangnya dalam hubungan yang serius tetapi sejujurnya saya tidak tahu bagaimana saya akan kembali dan berjumpa mereka semula,” tulisnya.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: