Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Hapus baki hutang mangsa banjir

today29 December 2021

Background


PETALING JAYA – Bantuan berbentuk pinjaman untuk mangsa banjir, meskipun ditawarkan tanpa sebarang faedah bukanlah langkah penyelesaian kepada kemelut kewangan mereka kerana ia hanya akan menambah beban hutang mangsa tanpa mengambil kira hutang-hutang mereka sebelum ini.

Timbalan Presiden Gerakan Keadilan Monetari Malaysia, Prof. Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff berpendapat, pihak bank disarankan supaya menghapuskan baki hutang mangsa banjir yang paling teruk terjejas bagi memberikan peluang kepada mereka memulakan hidup baharu dan pada masa sama tidak dibelenggu komitmen kewangan mereka sebelum ini.

“Mangsa banjir kini berada dalam keadaan tersepit kerana ketika mereka perlu berbelanja untuk memulakan semula kehidupan, golongan ini akan dihimpit hutang lama dan baharu.

“Sedangkan pada masa sama, sembilan bank tempatan yang tersenarai di Bursa Malaysia telah merekodkan untung sebelum cukai berjumlah RM26 bilion pada tahun 2020,” katanya ketika dihubungi semalam.

Ahmed…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: MUHAMMAD IKHWAN IDERIS


Previous post

Nasional

Sabah rekod 168 kes baharu COVID-19

KOTA KINABALU: Jumlah kes harian COVID-19 di Sabah kembali meningkat apabila lapan daripada 27 daerah di seluruh Sabah, mencatatkan kes harian dua angka semalam, berbanding kelmarin, yang hanya mencatatkan tiga daerah.

today29 December 2021