Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Haqiem Stopa Mengaku Tidak Bersalah Simpan Gambar, Video Lucah Bekas Kekasih

today14 December 2022

Background


Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Seorang pencipta kandungan yang mempunyai sejuta pengikut dalam aplikasi TikTok, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Selayang di sini, hari ini, atas pertuduhan menyimpan gambar dan video lucah bekas kekasihnya dalam dua telefon bimbit, lapor Harian Metro.

Haqiem Stopa atau nama sebenarnya Muhammad Sadzri Hakim Jaafar, 22, didakwa menyimpan gambar dan video lucah wanita berumur 21 tahun itu di dalam galeri telefon bimbit jenama iPhone 13 Pro Max dan iPhone 7 Plus miliknya di sebuah rumah di Rawang pada 4.30 petang, 9 Disember lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 292 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Anis Farhah Ahmad Hilmi mencadangkan jaminan RM4,000 dengan seorang penjamin manakala peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan Mohd Faiz Fahmy…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hazim Jaafar


Previous post