Ketiadaan beberapa tonggak di bahagian serangan termasuk penyerang naturalisasi, Romel Morales, Darren Lok, dan Syafiq Ahmad bakal memberi peluang kepada Haqimi Azim Rosli untuk menyinar ketika aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 berdepan Kyrgyzstan malam esok.
Beliau dilihat kerap diberi peranan sebagai pemain ‘nombor 7’ dan ‘nombor 9’ sepanjang kem latihan pusat skuad Harimau Malaya yang bermula 27 Mei lalu.

Baca Juga:
Justeru itu, Haqimi tekad ambil peluang bantu ledak gol dan melakukan sehabis baik jika diturunkan kesebelasan utama.
“Sekiranya diberi peluang saya akan buat yang terbaik, tapi sekarang kita ada Paulo (Josue) dan ramai juga boleh bermain posisi nombor 9.
“Siapa yang diletakkan untuk perlawanan (menentang Kyrgyzstan) nanti buat yang terbaik. Jika saya diletakkan sebagai nombor 9, saya akan berikan 100 peratus untuk tunjukkan kepada rakyat Malaysia yang saya boleh bermain di posisi…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
