PETALING JAYA – Langkah Malaysia untuk mengharamkan penjualan semua produk rokok dan vape kepada generasi akan datang bakal membantutkan produktiviti sosio-ekonomi malah akan hanya memberi manfaat kepada sindiket jenayah terutamanya yang terlibat dalam mengedar produk seludup.
Pengarah Urusan Advokasi Runcit dan Jenama Dagangan Malaysia (RTBA Malaysia), Datuk Fazli Nordin berkata, berdasarkan analisis yang dibuat, negara masih belum bersedia untuk mengadaptasi pendekatan New Zealand dalam mengharamkan produk rokok dan vape untuk generasi akan datang.
Menurutnya, halangan utama adalah keberadaan rokok seludup yang sangat tinggi di negara ini.
Malaysia merupakan salah satu negara tertinggi di dunia dalam penyeludupan rokok iaitu dengan kadar 57.3 peratus daripada pasaran.

Ia telah menyebabkan kerajaan kehilangan RM5 bilion hasil cukai tidak dikutip setiap tahun.
“Bayangkan apakah kesan yang akan diperolehi dari tindakan pengharaman rokok dan produk vape?
“Sindiket jenayah…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: