Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

‘Harap Malaysia Tak Jadi Macam Nepal Akibat Rasuah’ – Azam Baki

today13 October 2025

Background
'Harap Malaysia Tak Jadi Macam Nepal Akibat Rasuah' – Azam Baki


Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Dato’ Sri Haji Azam Baki memberi amaran Malaysia boleh jadi pergolakan seperti di Nepal sekiranya amalan rasuah tidak dibendung, petik Free Malaysia Today.

“Lihatlah Nepal. Saya kagum dengan pelajar sekolah menengah Abiskar Raut yang memberi ucapan berhubung kejatuhan kerajaan Nepal,” katanya pada pertandingan debat antirasuah di Universiti Kebangsaan Malaysia malam tadi.

Baca Juga:

Azam Baki memetik ucapan pelajar tersebut dengan menyatakan “Kita adalah api yang akan membakar kegelapan, kita adalah ribut yang akan menghapuskan ketidakadilan.”

Beliau menegaskan rakyat tidak boleh membiarkan Malaysia mengalami nasib sama.

“Janganlah kita jadi seperti Nepal. Pada pandangan saya, negara kita masih terkawal, tetapi jika rasuah tidak dibendung, ia akan menjadi barah.”




Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hazim Jaafar


Previous post

Sukan

Young Tigers buru tiga mata lawan New Zealand

Johor Bahru: Skuad remaja negara akan meningkatkan intensiti permainan dalam usaha memburu kemenangan pertama apabila berdepan New Zealand pada Kejohanan Antarabangsa Hoki Bawah 21 (B-21) Piala Sultan Johor (SOJC) edisi ke-13 di Stadium Hoki Johor, Taman Daya, petang esok.

today13 October 2025