Menurut laporan polis yang dibuat oleh wanita tersebut, anaknya tidak sengaja tersentuh belakang badan cikgu terbabit ketika hampir terjatuh.
“Anak aku selepas 3 hari kejadian, muntah tak berhenti, sakit kepala, hidung berdarah. Kami dapatkan rawatan dekat specialist doktor. Lepas beberapa hari alami masalah yg sama, kami bawak pulak ke Hospital Taiping.
“Alhamdulillah lega bila buat CT scan dan X-ray kali kedua, tak ada jumpa apa-apa yg tak normal. Tak dapat hadir competition mengikut jadual yang ditetapkan, kos latihan dan jurulatih.
“Kesan tamparan dan tumbukan tersebut menjadikan gegaran di salur separuh bulat telinga (cochlear concussion) sama simptom macam gegaran otak. Boleh baik namun ambil masa yg agak lama, atau kemungkinan besar tidak baik sama sekali.
“Ya Allah, gugur jantung ni. Air mata mak ni aku tak mampu nak sekat lagi, menangis memikirkan masa depan anak aku sendiri. Sebagai perenang, itu adalah anggota badan yang sangat sensitif Silap hari bulan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: