Malaysia dilihat bakal mempunyai peluang yang cerah untuk menjadi hab pusat data dunia selepas menjadi pilihan utama dalam rangkaian pembinaan cip global serta pusat data AI oleh sejumlah syarikat gergasi teknologi.
Bagaimanapun, harapan Malaysia mungkin bakal terjejas selepas kehadiran arahan terbaru Presiden Joe Biden yang bakal mengehadkan akses kepada cip teknologi Amerika Syarikat.
Menurut laporan Bloomberg, dengan adanya arahan ini, ia bakal membahagikan negara kepada tiga kategori.
Untuk kategori pertama, ia bakal menerima akses penuh cip untuk pusat data yang mana ia terdiri daripada negara sekutu-kutu Amerika Syarikat seperti Australia, Jepun,, Taiwan dan Kesatuan Eropah.
Bagaimanapun, Malaysia dan beberapa negara-negara Timur Tengah dan Asia Tenggara yang jatuh di dalam kategori kedua bakal dihadkan jumlah kuasa maksimum pusat data.
Kategori terakhir pula, negara yang dikategorikan sebagai musuh Amerika Syarikat seperti China, Rusia,…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
