Site icon Kool FM

Harga besi, simen naik lagi


PETALING JAYA – Indeks harga seunit besi dan simen masing-masing mencatatkan peningkatan sebanyak satu peratus dan 2.6 peratus pada Januari 2023 berbanding bulan sebelumnya untuk mencatatkan peningkatan tiga bulan berturut-turut.

Bagi perbandingan tahun ke tahun, indeks harga bagi seunit besi dan simen telah meningkat masing-masing sebanyak 1.4 pe­ratus dan 9.3 peratus pada bulan lalu, berbanding bulan sama tahun sebelumnya.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Mohd. Uzir Mahidin berkata, peningkatan harga bahan mentah dan arang batu, serta kos penghantaran yang lebih tinggi merupakan penyumbang utama terhadap kenaikan harga dalam pasaran simen di Malaysia.

Menurutnya, peningkatan indeks harga besi pula seiring dengan peningkatan harga bijih besi dan besi utama di peringkat global.

“Menurut Trading Economics,­ harga besi dijangka meningkat berikutan pemulihan aktiviti kilang di China pada Januari selepas penguncupan tiga bulan berturut-turut seperti yang dilaporkan oleh The China…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version