Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Harga CPO dijangka naik sekitar 10 peratus separuh pertama tahun depan

today26 November 2025

Background


PETALING JAYA – Harga minyak sawit mentah (CPO) berpotensi naik sekitar 10 peratus dalam tempoh jangka pendek kepada paras harga berlegar antara RM4,100 hingga RM4,500 pada separuh pertama tahun depan, berdasarkan kontrak bulan ketiga di Bursa Derivatif Malaysia.

Naib Presiden Kanan dan Strategis Pasaran, Nik Ihsan Raja Abdullah Berjaya Mutual Berhad berkata, beberapa pemangkin pasaran dijangka muncul pada suku pertama tahun
depan, namun  pengukuhan ringgit boleh menyebabkan harga minyak sawit menjadi lebih mahal dan memberi tekanan kepada daya saing eksportnya.

“Trend ini menunjukkan potensi kenaikan, kali terakhir dolar Amerika Syarikat (AS) melemah adalah pada Oktober 2024, tetapi tempohnya dijangkakan hanya sekejap,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan ceramah berjudul, “Satu Pandangan
Berstruktur dan Teknikal: Trend Harga Minyak Sawit dan Kitaran Pasaran Komoditi pada Kongres dan Pameran Minyak Sawit Antarabangsa (PIPOC) 2025 anjuran Lembaga Minyak…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post