
Durian Musang King yang ditanam di Vietnam kini dijual pada harga terendah sejak jenis durian premium itu mula dikomersialkan di negara berkenaan.
Menurut sumber laporan VN International Express, harga di peringkat ladang hanya sekitar 50,000 hingga 70,000 dong Vietnam (RM8 hingga RM11) sekilogram.
Dao yang merupakan pemilik kebun durian di wilayah Gia Lai di tanah tinggi tengah Vietnam berkata harga tersebut merupakan yang paling rendah pernah dicatatkan.
Keuntungan yang diperolehnya turut merosot hampir separuh berbanding tahun lalu apabila hanya meraih sekitar 40 juta dong Vietnam hasil jualan dua tan durian Musang King.
Harga Musang King Turun Mendadak
Difahamkan, harga durian tersebut sebelum ini berada dalam lingkungan 80,000 hingga 150,000 dong Vietnam (sekitar RM13 hingga RM25) sekilogram pada tahun lalu, namun kini buah dengan kualiti sederhana hanya dijual sekitar 50,000 dong Vietnam (kira-kira RM8) sekilogram.
Situasi itu menyebabkan Dao…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: