Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Harga emas atasi paras AS$5,000/auns

today26 January 2026

Background


LONDON – Harga emas melepasi paras AS$5,000/auns (1 auns: 28.5 gram) buat pertama kali dalam sejarah pada Ahad, di tengah-tengah ketidakpastian global yang semakin meningkat dan pergolakan yang dicetuskan oleh dasar Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.

Emas mencecah AS$5,026/auns, setelah perak melonjak melepasi AS$102/auns buat kali pertama pada Jumaat.

Ketika pergolakan berkaitan cita-cita Trump ke atas Greenland dan tekanan pada Rizab Persekutuan AS telah memberikan sokongan terkini untuk emas, harga logam berharga itu secara berterusan telah memecah rekod sejak dua tahun disebabkan dolar yang lemah, permintaan bank pusat yang kukuh dan inflasi tinggi.

Emas hanya berada pada paras di atas AS$2,000/auns pada Januari 2024.

Harga logam berharga itu turut meningkat disebabkan oleh peperangan di Ukraine dan Gaza, serta campur tangan Washington di Venezuela.

“Sejak beberapa hari lalu, harga emas bertindak selari dengan teori ekonomi sebagai aset selamat,” kata…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post