Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Harga Kasut Nike Lagi Mahal Dari Gaji Pekerja Kilangnya Di Indonesia

today6 June 2025

Background
Kasut


Sering kali kita mengganggap bahawa seseorang yang bekerja dengan jenama terkemuka akan menerima gaji yang lumayan susulan menerima jumlah jualan yang tinggi pada saban tahun.

Namun ia tampil berbeza dalam realiti dunia sebenar seperti yang dikongsikan menerusi sebuah video yang mana menceritakan gaji sebenar yang diterima oleh pekerja kilang di Indonesia untuk sebuah jenama kasut sukan terkemuka.

Menerusi video tersebut, seorang wanita yang dipercayai dari NGO yang mahu memberi kesedaran kepada umum bahawa gaji yang diterima oleh seseorang pekerja kilang Nike di Indonesia secara khususnya terlalu rendah berbanding dengan harga kasut yang dijual di dalam pasaran.

“Gaji wanita ini hanyalah 3 juta rupiah(~RM857.14). Kasut ini berharga 3.3 juta rupiah(~RM942.86). Jadi, kasut ini lebih mahal berbanding dengan gaji sebulan wanita ini,” ujarnya.

Tambahnya, wanita itu menghasilkan kasut tersebut pada  setiap hari dengan kuantiti mencecah 130…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hizam Jaafar


Previous post