Setiap kali musim Ramadan tiba, gerai Martabak di bazar ramadan jadi salah satu pilihan ‘wajib’ orang ramai untuk beli dijadikan juadah berbuka puasa.
Baru-baru ini ramai netizen mengeluh apabila melihat harga martabak yang semakin melonjak naik sehinggakan mereka berasa tidak berbaloi lagi untuk membelinya.
Baca Juga:
Sehubungan dengan itu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) tampil menjelaskan berhubung isu tersebut.
Menurutnya, isu kenaikan harga murtabak ketika ini disebabkan kos pengimportan, petik Kosmo.
Menurut Timbalan Menterinya, Fuziah Salleh, maklumat tersebut diterima hasil daripada pemantauan di lapangan yang dijalankan oleh pasukan penguatkuasaannya setiap hari.
Katanya, selain bawang India, harga daging import juga naik dan ia memberikan kesan tekanan rantaian secara tidak langsung kepada penjual martabak.
“Berhubung isu tular mengenai martabak naik harga, ia memang disebabkan oleh faktor harga bawang besar dari India…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: