KUALA LUMPUR – Harga minyak sawit mentah (MSM) dijangka kekal tinggi tahun ini untuk mencapai purata antara RM4,000 dan RM4,300 setan berbanding RM4,179.50 tahun lalu, menurut Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).
Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Chan Foong Hin berkata, harga minyak sawit bakal disokong oleh permintaan global yang diunjurkan semakin meningkat, ketika pertumbuhan bekalan dilihat lebih statik.
“Ia kombinasi melibatkan implementasi mandat biodiesel B40 di Indonesia, yang dijangka mengurangkan bekalan minyak sawit global untuk pasaran eksport, manakala pengeluaran di Malaysia meskipun meningkat tahun lalu, ia bukanlah paras tertinggi berbanding tahun-tahun sebelumnya.
“Tiada potensi petumbuhan pengeluaran daripada pembukaan tanah baharu untuk tanaman sawit di Malaysia dan kami terus cuba meyakinkan pekebun kecil untuk menanam semula pokok baharu kerana banyak tanaman sawit yang telah berusia,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: