

PETALING JAYA: Kenaikan harga tidak menghalang orang ramai terus membanjiri bazar Ramadan di sekitar Lembah Klang tahun ini.
Faizal Hashimi, yang mengunjungi bazar Ramadan di Kampung Baru, Kuala Lumpur setiap tahun, berkata dia sanggup berbelanja lebih untuk membeli makanan kegemarannya.

“Tahun lepas, harga minuman sekitar RM3, tetapi sekarang naik kepada RM4.
“Jelas sekali harga telah naik. Rakan saya yang berniaga memberitahu mereka terpaksa menaikkan harga kerana kenaikan cukai jualan dan perkhidmatan daripada 6% kepada 8%. Jadi, sebagai pelanggan, kita perlu faham,” katanya kepada FMT.
Devan Thiran Barathan pula mendapati harga roti john melonjak sehingga RM10 daripada RM8 tahun lepas, tetapi dia masih sanggup membelinya asalkan kualitinya dikekalkan.

“Sudah pasti berlaku kenaikan harga berbanding tahun lepas kerana kos bahan mentah…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: