Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Harga naik, tidak jejas Platinum Oil tawar produk berkualiti

today17 May 2022

Background


SHAH ALAM – Syarikat Platinum Oil & Gas berkeyakinan terhadap potensi jualan dan penguasaan pasarannya kekal stabil meskipun harga produknya me­ningkat sedikit ekoran kenaikan harga bekalan bahan mentah sekitar 15 hingga 20 peratus.

Ketua Pegawai Eksekutif­nya, Datuk Seri Suhaimi Hashim berkata, pihaknya akan terus menawarkan produk terbaik kepada pelanggan setia, khususnya pengguna produk minyak enjin kenderaan berprestasi tinggi keluaran syarikat sejak lebih 12 tahun lalu.

“Platinum Oil tetap menjadi pilihan pengguna walaupun daripada segi harga berlaku sedikit kenaikan sepertimana yang ber­laku kepada jenama minyak pelincir lain di pasaran ketika ini.

Suhaimi

“Walaupun berlaku kenaikan harga, kita langsung tidak berkompromi dengan soal kua­liti yang menjadikan produk kita jadi pilihan pengguna sejak lebih sedekad lalu,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Selain itu, Suhaimi menerangkan, prihatin untuk membantu individu yang terjejas daripada pandemik Covid-19…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: ABDUL RAZAK IDRIS


Previous post

Ekonomi

Royale Kukur aktif komersialkan cendawan kukur

Menyedari khasiat yang terdapat pada cendawan kukur atau dikenali sebagai ku­lat sisir yang tumbuh secara semulajadi, sebuah syarikat Impian Ramai F&B Sdn. Bhd. (Impian Ramai) membuat pe­laburan khusus untuk mengko­mersialkan produk makanan daripada tumbuhan tersebut.

today17 May 2022