Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

‘Harga Petrol BUDI95 Boleh Bertahan Hingga 2 Bulan Lagi’ – Perdana Menteri

today7 March 2026

Background
Penutupan Selat Hormuz: 'Harga Petrol BUDI95 Boleh Bertahan Hingga 2 Bulan Lagi' – Perdana Menteri


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan kerajaan sedang memantau rapi situasi gangguan laluan perkapalan di Selat Hormuz yang kini menjadi ancaman besar kepada rantaian bekalan tenaga dan perdagangan global.

Menurut beliau, laporan terkini menunjukkan lebih 200 kapal yang membawa muatan kritikal kini terkandas di kawasan tersebut, petik Buletin TV3.

Gangguan ini bukan sahaja menjejaskan logistik maritim, malah berpotensi mencetuskan kesan rantaian terhadap aktiviti ekonomi di peringkat dunia.

Menyentuh mengenai impak kepada ekonomi domestik, Anwar memberi jaminan bahawa kerajaan akan mengambil langkah proaktif bagi melindungi rakyat daripada tekanan inflasi.

“Setakat ini, kita masih berusaha mengawal keadaan, termasuk mengekalkan harga petrol RON95 pada paras RM1.99 (BUDI95).

“Bagaimanapun, situasi ini terus dipantau kerana kita masih mampu bertahan dalam tempoh satu hingga dua bulan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hazim Jaafar


Previous post

Sukan

Tanpa tonggak utama, TFC mampu raih kemenangan

Kuala Lumpur: Terengganu FC (TFC) membuktikan mereka bukan pasukan mudah kalah apabila menumpaskan Kelantan The Real Warriors (KTRW) 2-0 walaupun terpaksa beraksi tanpa kelibat empat tonggak utama yang biasanya menjadi tulang belakang pasukan.

today7 March 2026