Kejadian letupan dan kebakaran saluran gas di Putra Heights awal bulan ini bukan sahaja meninggalkan kesan trauma kepada penduduk, malah turut memberi kesan kepada pasaran hartanah di kawasan tersebut.
Menurut pakar, nilai rumah berhampiran pusat letupan dijangkakan merudum sehingga 20 peratus, bergantung pada jarak kediaman dari lokasi kejadian.
Kerosakan Teruk, Nilai Hartanah Putra Heights Runtuh
Profesor Dr Noor Rosly Hanif, pakar hartanah dari Universiti Teknologi Sarawak, berkata kepada NST bahawa sekitar hampir 250 rumah musnah dalam kejadian itu, dengan kerosakan struktur yang teruk di kawasan berdekatan saluran gas.

Beliau menjelaskan, rumah yang paling hampir dengan pusat letupan berisiko kehilangan nilai sehingga 20 peratus, manakala kawasan lain di Putra Heights mungkin mengalami penurunan sekitar 5 peratus.
“Di ‘ground zero’, nilai hartanah mungkin jatuh ke tahap harga tanah sahaja. Kebanyakan bangunan tidak…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: