Site icon Kool FM

Harga sawit dijangka lebih tinggi


PETALING JAYA – Kenanga Research menyemak naik unjuran harga purata minyak sawit mentah (MSM) untuk tahun 2024 kepada RM3,800 setan berbanding RM3,500 sebelum ini, disebabkan pemulihan bekalan minyak makan global yang lebih perlahan berbanding jangkaan.

Unjuran harga purata MSM untuk tahun ini bagaimanapun dikekalkan pada RM3,800 setan.

Kenanga berkata, antara faktor positif bagi sektor kelapa sawit ialah minyak sawit merupakan makanan keperluan bagi ekonomi sedang meningkat naik seperti China, India dan Indonesia; sifatnya yang mampu milik dan fleksibel; serta permintaan untuk bahan api bio (biofuel).

“Ketika Brazil dijangka mencatatkan rekod baharu dalam penuaian kacang soya, keadaan di Argentina adalah sebaliknya.

“Meskipun Brazil merupakan pengeluar tertinggi kacang soya, Argentina sebenarnya adalah lebih penting untuk perdaga­ngan antarabangsa dan sering menduduki tempat ke-3 atau ke-4 dalam senarai pengeksport minyak makan terbesar di dunia selepas Indonesia, Malaysia…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version