PETALING JAYA – Harga minyak sawit mentah (MSM) dijangka kekal tinggi pada paras sekitar RM4,000 per tan pada Mac dan April ini, disokong permintaan kukuh menjelang Aidilfitri, ditambah sekatan eksport Indonesia yang dilaksanakan sehingga akhir April.
Maybank Investment Bank dalam nota kajian yang diterbitkan semalam berkata, simpanan stok Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) menurun tujuh peratus bulan ke bulan pada Februari lalu kepada 2.12 juta tan, namun masih 39 peratus lebih tinggi tahun ke tahun.
“Pengeluaran merosot sembilan peratus bulan ke bulan, selari dengan bilangan hari yang lebih rendah pada Februari, tetapi 10 peratus lebih tinggi berbanding setahun lalu.
“Eksport kekal kukuh pada 1.11 juta tan, penurunan dua peratus bulan ke bulan, mungkin sekali dibantu sekatan eksport lebih ketat oleh kerajaan Indonesia.
“Sementara itu, penggunaan domestik lebih tinggi pada 0.34 juta tan (naik tujuh peratus bulan ke bulan, 57 peratus tahun ke tahun) dipacu permintaan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: