Site icon Kool FM

Harga Sayur Bakal Naik Tiga Kali Ganda Bulan Depan


Harga sayur bakal naik hingga tiga kali ganda pada bulan November dan Disember ini akibat musim Monsun Timur Laut yang diramalkan membawa hujan lebat serta banjir di beberapa kawasan.

Peringatan ini disuarakan oleh Pengerusi Persatuan Pekebun Melayu Cameron Highlands, Datuk Syed Abd Rahman Syed Abd Rashid yang berkongsi dengan Berita Harian bahawa harga sayur sudah meningkat antara 20 hingga 50 peratus dalam minggu terakhir ini sahaja.

Sebagai contoh, harga tomato kini melonjak dari RM1.50 kepada RM2.30 sekilogram diikuti dengan beberapa sayuran lain seperti daun bawang, kailan, sawi, pak choy, timun, terung, dan kacang panjang turut mencatatkan kenaikan harga yang ketara.

“Kami jangkakan harga sayur-sayuran berdaun akan terus meningkat, dan menjadi jauh lebih mahal menjelang November dan Disember,” kata Syed Abd Rahman.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version