Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Harga Serendah RM28, Promosi Tempat Duduk Percuma AirAsia Kini Kembali Bermula Hari Ini

today19 February 2024

Background


Akhirnya saat yang dinanti-nantikan telah tiba apabila AirAsia kembali menawarkan promosi ‘free seat’ kepada anda dengan harga yang murah ke pelbagai destinasi domestik dan antarabangsa.

Jualan hebat pertama pada tahun 2024 dengan jutaan tempat duduk ke lebih 130 destinasi ini membolehkan anda mendapatkan harga tiket murah untuk percutian anda.

Artikel Berkaitan:

Difahamkan, harga tiket untuk penerbangan domestik seperti ke Pulau Pinang, Kota Kinabalu dan sebagainya bermula RM28 termasuk semua sehala dan destinasi lebih jauh di seluruh rantau ini seperti Krabi, Trivandrum dan Bali dengan tambang promosi bermula RM83 termasuk semua sehala serta pelbagai destinasi menarik lain.

Promosi ini juga tersedia untuk penerbangan ke destinasi lain di Asia dengan tambang promosi bermula RM299 termasuk semua sehala ke Taipei, Seoul, New Delhi, Almaty dan lain-lain.

Untuk pengetahuan anda, promosi ini bakal berlangsung hari ini 19 Februari 2024 sehingga 25 Februari 2024

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Nur Syamimi


Previous post

Sukan

Misi balas dengan pengendali PSV

The Hague: Jurulatih PSV Eindhoven Peter Bosz mempunyai misi tersendiri menjelang pertembungan pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara awal pagi Selasa ini bertemu Borussia Dortmund, kelab yang menyaksikannya menghabiskan tempoh beberapa bulan selaku jurulatih sebelum dipecat.

today19 February 2024